KOTA KINABALU: Sabah akan mewartakan semua kawasan sumber air sebagai langkah proaktif bagi mengatasi krisis bekalan air pada masa akan datang terutama ketika berdepan bencana kemarau.
Timbalan Ketua Menteri Sabah I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata langkah itu diambil bagi menjaga kawasan sumber air di negeri itu sekali gus membolehkan Jabatan Air Negeri Sabah mengurus bekalan air untuk kegunaan penduduk dan industri.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah itu berkata beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut terletak di daerah Tuaran, Papar, Tawau, Sandakan, Semporna, Kudat dan Penampang.
"Kita mempunyai dua pewartaan..satu untuk perlindungan. Kawasan itu tidak boleh diganggu sama sekali. Walaupun ia kawasan tanah kerajaan, di luar taman negara atau hutan simpan. Di sekitarnya itu memang ada juga kawasan yang mempunyai tadahan air dan ini dikategorikan sebagai kawasan pemeliharaan.
"Ini juga perlu kita warta tetapi kawasan ini ada beberapa kelonggaran sedikit kerana kebanyakannya ada juga tanah bergeran dan kebun. Kita kena buat dasar untuk menangani atau mengurus kawasan pemeliharaan ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Sabah di sini pada Jumaat.
Jeffrey berkata pihak berkuasa juga akan mengambil alternatif lain termasuk mencari sumber air melalui telaga tiub dan proses pemindahan air sebagai kaedah untuk menangani kekurangan bekalan air di kawasan terjejas semasa musim kemarau.
Selain itu, katanya kerajaan juga diharap akan membina rizab pantai dan kolam tadahan untuk mengumpul lebih air semasa musim hujan.
Menurutnya penglibatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di semua daerah juga amat penting termasuk dalam membentuk jawatankuasa menyelia sumber air selain meningkatkan kefahaman penduduk tentang kepentingan menjaga seterusnya memulihara alam sekitar seperti sungai.
Mengulas situasi sumber air semasa, Jeffrey berkata, sebanyak enam daripada 89 loji rawatan air di Sabah dikenal pasti mengalami gangguan air dan tidak beroperasi pada kapasiti penuh termasuk di Pulau Sebatik, dekat Tawau, Pulau Banggi di Kudat dan Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) di Papar.
Beliau berkata paras air sungai di seluruh Sabah telah menurun antara 10 hingga 50 peratus sekali gus menjejaskan aktiviti tanaman padi di beberapa daerah termasuk di Keningau seluas 2275 hektar, Kota Belud (108.05), Papar (54.68) dan 40.25 hektar di Membakut.
"Setakat sekarang ini, padi yang sudah ditanam tidak akan terjejas kerana sudah ingin dituai, namun saya khuatir adalah untuk penanaman padi baharu bagi musim akan datang susulan ketiadaan air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Jeffrey berkata pihak berkuasa juga mengambil alternatif lain termasuk mencari sumber air melalui telaga tiub dan proses pemindahan air sebagai kaedah untuk menangani kekurangan bekalan air. - Gambar Bernama
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Warta kawasan sumber air antara langkah urus krisis air Sabah - Jeffrey
Sabah akan mewartakan semua kawasan sumber air sebagai langkah proaktif bagi mengatasi krisis bekalan air pada masa akan datang terutama ketika berdepan bencana kemarau.
4 kolam tadahan akan dibina di Ipoh, kurangkan risiko banjir kilat - Datuk Bandar
Empat kolam tadahan akan dibina di bandar raya Ipoh sebagai salah satu kaedah mitigasi mengatasi masalah banjir kilat, khususnya musim tengkujuh saban tahun.
Pam air tambahan, kolam tadahan tangani banjir kilat di Ipoh - Datuk Bandar
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata antara lokasi utama yang sudah dikenal pasti ialah di aliran Sungai Pinji.
Kolam takungan banjir jadi projek perumahan mega
Vincent Yap berkata, situasi tersebut berlaku di kolam takungan Nanyang, Wahyu dan Delima.
Kolam tadahan tidak diselenggara punca banjir di Johor Jaya
Keadaan itu bertambah buruk apabila keadaan tanah mendap juga menjadi halangan kepada laluan air di situ.
44 kawasan di Melaka alami gangguan bekalan air
Situasi itu mengakibatkan paras air di kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
Dua kanak-kanak lemas di Jempol
Kedua-dua kanak-kanak malang itu ialah Muhammad Solehudin Mohd Nasir, 6, dan kakaknya Ainul Batrisyah Mohd Nasir, 10 tahun.
'Shahidan, turun lihat sendiri paras air di kolam tadahan Bukit Merah' - Zambry
Saya buat kenyataan ini memandangkan keadaan di Bukit Merah yang semakin serius berdasarkan laporan yang diberikan kepada kerajaan negeri tentang air yang semakin susut, kata Zambry.